Salindah & Produk Era Edar
Apa Itu Salindah?
"Set Lengkap Rencana Pemakanan Dan Rawatan Ibu Hamil Dari Awal
Kehamilan Sehingga Habis Pantang".
Kesesuaian : Salindah adalah sesuai untuk semua wanita hamil.
Keterangan :
Membekalkan zat besi mudah hadam untuk wanita hamil, mengurangkan muntah,
loya serta alahan, membantu tumbesaran tian, mencegah demam, batuk, selesema,
sejuk-sejuk, sakit kepala, sakit gigi dan lain-lain.
Metod Perubatan :
Homeopati, Biokimia dan Herbalisme Kita sedia maklum bahawa memang ramai
wanita hamil yang mengalami masalah dari awal mengandung sehingga lepas
bersalin. Selalunya bermula dengan alahan pada awal trimester pertama
mengandung, kemudian masalah praeklampsia yang boleh menjejaskan kesihatan
ibu dan anak, sehingga ada yang menghidap masalah meroyan selepas bersalin.
Pengalaman ini sudah pasti kita ingin elakkan kerana ia akan menimbulkan
trauma kepada ibu-ibu untuk menempuh pengalaman mengandung untuk kesekian
kalinya. Sebaliknya pengalaman ini sewajarnya dinikmati dan dilalui dengan
penuh rasa gembira dan selesa. Namun tidak semua wanita bertuah yang dapat
menikmati saat dan detik seperti itu.
Paling ditakuti ialah apabila masalah ibu ini boleh membawa kesan negetif
kepada bayi yang berada dalam kandungan sehingga ada yang menyebabkan
berlaku kecacatan kekal. Seperti contoh penyakit "Down Syndrome".
Itulah antara sebab kenapa ibu hamil ini perlukan makanan tambahan untuk
memberikan tenaga dan rawatan kepada ibu malah membantu perkembangan dan
tumbesaran bayi anda agar lebih sihat dan cergas. Menyedari masalah-masalah
tersebut memerlukan satu penyelesaian yang positif, maka Pencipta Salindah
telah berusaha membuat kajian secara ilmiah dan saintifik selama beberapa
tahun.
Akhirnya pada tahun 1981, Salindah telah diperkenalkan.Anda perlu mengetahui
dengan lebih lanjut tentang faedah dan kelebihan yang diperolehi oleh
ibu-ibu bijak yang mengambil Salindah sebagai pemakanan lengkapnya. Sila
rujuk maklumat tentang pengambilan Salindah untuk semasa mengandung dan
selepas mengandung.
Anda juga akan mengikuti perkembangan bayi dari bulan ke bulan dan seterusnya
mengetahui rahsia, khasiat dan penggunaan Salindah di peringkat awal mengandung
dan selepas bersalin yang telah terbukti berkesan membantu ibu bersalin
dengan mudah dan melahirkan bayi yang sihat lagi pintar.
Bagaimana Salindah Berfungsi?
Lazimnya doktor membekalkan beberapa jenis ubat kepada ibu hamil, antaranya
zat besi, vitamin B kompleks dan asid folik (atau folat). Suplemen-suplemen
ini memang penting kepada ibu yang hamil untuk menjaga kesihatannya dan
perkembangan janin. Namun demikian, antara kesan lain pengambilannya membuat
ibu bertambah selera dan ini menyebabkan janin tumbesar sehingga menyulitkan
masa bersalin.
Salindah B1 membekalkan zat besi mudah serap ke dalam
edaran darah dan mudah serap ke dalam sel-sel badan. B1
menguatkan badan, melancar aliran darah, mengurangkan risiko keguguran,
mengurangkan mabuk dan muntah, mencegah simpul biawak (atau varikos vena).
Bertindak dengan B2- ia membantu pembentukan sel darah
merah dan mencegah anemia. B2 membekalkan zat untuk pembentukan
tulang, saraf dan otak, di samping membantu penghadaman ibu. B2
diberikan dalam kandungan yang sedikit berbanding B1
dan B3 kerana kita tidak gemar anak begitu besar dalam
kandungan. Yang utama ibu sihat dan anggota anak tumbuh dengan lengkap.
Pertumbuhan janin yang tidak besar dalam kandungan akan memudahkan kelahiran.
Di samping menjadi zat biokimia asas untuk pembentukan otak dan saraf,
B3 membuat ibu menjadi tenang menghadapi hari kelahiran
bayinya.
Penyingkiran perasaan takut, bimbang dan waswas. Salindah B4,
B5 dan B6 berfungsi mencegah berlakunya
alamat palsu dan menepatkan tarikh bersalin (ingat : tarikh yang tepat
bukan semestinya yang ditetapkan oleh doktor!), menyediakan saluran peranakan
bagi melancarkan kelahiran dengan menganjalkan otot-otot liang peranakan,
menguatkan otot rahim (uterus) untuk menguatkan kemutan teranan, meminimumkan
rasa sakit semasa bersalin, dan memulihkan alat peranakan selepas bersalin.
Dengan itu ramai ibu hamil yang menggunakan Salindah bersalin cara biasa
tanpa pembedahan biarpun dia pernah melalui pembedahan dalam melahirkan
anak-anak sebelum ini.
SET LENGKAP SALINDAH
Pengambilan salindah sepatutnya dari 12 minggu hamil, tetapi masih sempat
mengambil set lengkap walaupun kandungan sudah 24 minggu.
Apa tujuan anda makan salindah ?
-
Ingin lahirkan anak pintar, cerdas, kuat tulang & gigi, keletah, comel, &
cantik kulit..mulakan dengan B1,B2 & B3 -
Untuk bersalin mudah ambil B4, B5 & B6 -
Untuk mengembalikan kewanitaan anda, sihat tubuh badan, cergas, bertenaga
ambilah Set Lepas Bersalin
Kenapa Salindah.
Ibu-ibu hamil yang bijak akan memilih Salindah sebagai pemakanan dan rawatan dari awal kehamilan sehingga habis pantang . Ini kerana Salindah adalah terdiri daripada rumusan Homeopati ,Biokimia dan Herbalisme yang istimewa. Ianya amat membantu ibu - ibu melahirkan si manja dengan lebih mudah.
Salindah juga diperkaya dengan Kalsium , Kalium , Ferum dan Magnesium untuk menjadikan ibu - ibu hamil lebih sihat dan si manja kelihatan lebih comel, cergas dan pintar.
Malahan membantu pertumbuhan gigi dan tulang si manja anda menjadi lebih kuat.
Perhatian! Pengambilan Salindah adalah tidak memberikan kesan sampingan kepada ibu - ibu akan lebih berkeyakinan sepanjang tempoh hamil dan Salindah selamat digunakan
Khasiat
Menambah dan memperbaiki aliran darah, mengurangkan masalah alahan, menyuburkan
perkembangan tian, mengurangkan risiko keguguran, memudahkan bersalin,
menghilangkan masalah semasa hamil, ketika bersalin dan selepas bersalin.
Mencegah masalah meroyan dan menjurus ke arah memperolehi anak yang sihat dan
cerdas.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Cara makan Salindah
-
Tuangkan tablet ke dalam tudung botol, terus letak atas lidah dan kemam
sehingga larut. -
Jangan sentuh dengan tangan -
Berpantanglah dari kopi (minuman berkafein), cili, kari, makanan berempah
sekurang-kurangnya sebulan sebelum dan selepas bersalin. -
Jangan simpan didalam peti ais dan jauhi dari barangan elektrik -
Jangan gunakan sudu besi.
Produk Kandungan, Masa Penggunaan dan Cara Pengambilan/Penggunaan
Dari awal hamil/3 bulan hingga bersalin:
B1 (336 biji) mulai 3 bulan (minggu 12) 4 biji 2 kali sehari. Makan hingga
habis
B2 (120 biji) mulai 6 bulan (minggu 24) 2 biji 2 kali sehari. Makan hingga habis
B3 (336 biji) mulai 7 bulan (minggu 28) 2 biji 2 kali sehari. Makan hingga habis
B4 (30 biji) 4 minggu sebelum dijangka bersalin 1 biji sehari. Makan sehingga
bersalin
B5 (84 biji) 2 minggu sebelum dijangka bersalin 2 biji 3 kali sehari. Makan
sehingga bersalin
B6 (30 biji) 1 minggu sebelum dijangka bersalin 1 biji sehari (Bila sakit, ambil
1 biji setiap 15 minit)
Selepas bersalin:
L7 (30 ml) penggunaan luaran basahkan kapas, lekap pada luka dan pusat bayi
L8 (30 biji) mulai 5 jam selepas bersalin 1 biji setiap jam. Makan sehingga
habis. (jika melalui pembedahan,makan hari ketujuh)
L9 (16 biji) mulai dari hari ke 2 bersalin 1 biji 4 kali sehari
L10 (96 biji) mulai dari hari ke 6 bersalin 2 biji 3 kali sehari
L11 (220 ml) mulai dari hari ke 7 atau diminum selepas sehari makan L10 2 sudu 3
kali sehari sebelum makan
L12 (96 biji) mulai dari hari ke 21 atau selepas habiskan L10 makan 2 biji 2
kali sehari. Makan sehingga habis
Salindah telah mendapat kelulusan Kementerian kesihatan Malaysia.
1. MAL05092335T
2. MAL05092336T
3. MAL05092337T
4. MAL05092339T
5. MAL05092338T
6. MAL05092340T
7. MAL05092341T
8. MAL05092342T