Marah??

Suatu pagi, selepas subuh, sempat menonton motivasi pagi di TV. Tajuk yang
menarik hari itu...: mengenai marah, oleh Dato' Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah.

Antara point utama yang ingin dikongsikan bersama :

  • kalau kita sedang marah, sebenarnya pada ketika itu badan kita akan
    mengeluarkan toksin. Toksin membahayakan tubuh. So, kiranya kita ni macam
    membunuh diri la kalau asyik marahhh je, tul tak?
  • kata seorang ahli falsafah : "marah itu bermula dengan kejahilan
    dan berakhir dengan penyesalan". (lepas marah tu, mesti rasa nyesal kan?
    tul tak..?)
  • Para Sahabat pernah bertanya : "Apa yang paling berat?" Jawab
    Rasulullah : "Murka Allah". bertanya lagi : "Macammana nak
    elakkan(murka Allah)?" Jawab Baginda: "Jangan marah"

Beliau juga memberi beberapa tips atau cara untuk mengatasi marah :

  1. Istighfar
  2. Senyum
  3. Melihat cermin (masa marah tu, terus tengok cermin. Cantik tak muka masa
    tu?)
  4. Lambatkan tindak balas dan tarik nafas. Oksigen akan menenangkan fikiran.
  5. Anggap perbuatan dia tidak sengaja dan terus ta'awuz (auzubillah..)
  6. Banyak minum air
  7. Ambil wudhu
  8. Tukar tempat
  9. Pecahkan rutin harian
  10. Lepaskan (eg : exercise, riadah,main games)
  11. Jaga pemakanan (orang yang suka makan daging merah cepat marah)
  12. Memaafkan orang lain
  13. Ingat mati
  14. Dukung bayi

Oleh itu.. jangan marah.. nanti kene jual.. :)