Nak Beli Proton Persona?
Q&A:
Nak beli Proton Persona??
Q:
Saya memiliki Perodua Viva 1.0 Auto dan sedang menimbangkan untuk memiliki Proton Persona sebagai kereta kedua untuk perjalanan jauh dan keluarga. Mohon pandangan Boji mengenai model ini dan mungkin boleh juga berikan ulasan untuk model lain yang seumpamanya, mungkin Toyota Vios.
Amy Lisa, Putrajaya
* Maklumat-maklumat yang diberikan berikut adalah berdasarkan maklumat-maklumat yang diperolehi dari majalah-majalah dan forum-forum automotif dan bukan maklumat rasmi dari pengeluar kenderaan.
A:
Proton Persona merupakan sebuah model Proton yang dibina berasaskan model Gen.2 dan ianya dikatakan diadun dengan cadangan-cadangan bernas dari pengguna jenama nasional ini. Selain memiliki gaya sporty dari Gen.2, Persona memberikan lebih nilai kepada pengguna dengan ciri-ciri praktikal yang tidak terdapat pada Gen.2 seperti glovebox (kotak simpanan pada dashboard), lubang kunci pada boot (pengguna model Gen.2 terpaksa masuk dahulu ke dalam kereta untuk menarik tuil pembuka boot), ketinggian kerusi pemandu yang lebih ideal dan kerusi penumpang hadapan dengan pengalas kepala yang boleh dilaras ketinggian (seperti kereta-kereta normal –Gen.2 tidak mempunyai pilihan ini =P ).
Pada harga RM55,000.00 bagi spesifikasi Hi-Line, model ini juga menjadi model sedan paling mampu dimiliki di Malaysia yang menawarkan pelbagai ciri-ciri keselamatan aktif seperti sistem brek ABS serta EBD dan beg udara SRS.
Kelebihan Persona terletak pada beberapa faktor seperti berikut:
1. Ride & Handling(R&H):
suspensi talaan Lotus, setaraf model-model Eropah yang lebih baik. Ia memberikan kelebihan dalam aspek-aspek berikut:
a. Kemampuan untuk mengambil selekoh dengan baik pada kelajuan tinggi; dan
b. Kebolehan untuk menyerap gegaran-gegaran kecil untuk keselesaan optimum.
Beberapa kenalan yang memandu Honda Civic tahun 2002 dan BMW 3 siri tahun 98 mengakui model-model Proton seperti Waja dan Persona mempunyai tahap ride & handling yang lebih baik dari kereta mereka.
2. Ruang simpanan barang yang besar.
See it to believe it! Persona mempunyai saiz ruang bagasi yang hampir sama atau lebih luas daripada beberapa model kereta yang lebih besar daripadanya!!
3. Harga yang berpatutan.
RM45k-RM55k = *RM510.00 - RM623.34 sebulan!!
**( 10% bayaran muka, 4% keuntungan bank / faedah pinjaman dan pembiayaan 9 tahun)
Kelemahan yang sering dikemukakan oleh pemilik-pemilik Persona adalah seperti berikut:
1. Masalah-masalah kecil seperti kerosakan tingkap kuasa (power window).
Menurut mekanik, masalah ini boleh diatasi dengan memastikan tingkap ditutup penuh sebelum menutup pintu.
2. Enjin CamPro yang kurang ekonomikal.
Enjin CamPro IAFM yang dipasang pada model Persona merupakan model asal CamPro dengan sedikit penambahbaikan IAFM. Ianya berbeza dengan enjin CamPro CPS yang lebih berkuasa dan lebih ekonomikal sebagaimana yang dipasang pada model baru Waja CPS dan menjadi opsyen bagi model Gen.2 CPS. Karekter yang dimiliki oleh enjin Persona ini memerlukan pemandu lebih banyak bersabar dan tidak menekan minyak dengan kuat semasa memandu supaya penggunaan minyak dapat dijimatkan.
Apalah salahnya, pandu Persona anda dengan tenang dan nikmati keselesaannya suspensinya =) Berita baiknya, Proton akan mengeluarkan model Waja, Persona dan Saga yang telah siap dipasang dengan kit NGV berdasarkan permintaan pengguna.
Bermakna, pemilik tidak perlu mengeluarkan wang tunai untuk memasang kit NGV dan kos pemasangan ini boleh diserapkan sekali dalam bayaran ansuran bulanan.
Kualiti pemasangan kit juga lebih terjamin kerana ianya dipasangkan siap dari kilang.
Model-model lain?
Beberapa model kereta yang lain telah dikenalpasti dapat dijadikan pilihan sekiranya anda sedang membuat pertimbangan untuk membeli Persona; antaranya Proton Waja, Proton Gen.2, Proton Saga, Honda City, Toyota Vios, Nissan Latio, Nissan Sentra, Hyundai Accent dan Kia Spectra. Maklumat harga dan ulasan ringkas mengenai model-model ini adalah seperti berikut:
|
Model |
Proton |
Proton |
Proton |
|
Harga |
RM31,500.00 |
RM52,453.00 |
RM62,888.00 |
|
Pro: |
Murah, ekonomikal, praktikal (boot yang luas, |
Suspensi talaan Lotus, rekabentuk sporty |
Suspensi talaan Lotus, sistem audio Clarion yang hebat, |
|
Kon: |
Masalah-masalah kecil (biasa la, Proton), suspensi tidak
|
Masalah-masalah teknikal kecil , kurang praktikal (glovebox |
Masalah-masalah teknikal kecil |
|
Model |
Hyundai |
Kia |
Toyota |
|
Harga |
RM62,888.00 |
RM65,500.00 |
RM69,000.00 |
|
Pro: |
Nilai terbaik, ekonomikal. |
Nilai terbaik, ruang dalaman dan bagasi yang luas. |
Jenama Toyota yang terkenal dengan jaminan kualiti terbaik, |
|
Kon: |
Ruang dalaman terasa agak sempit, suspensi tidak sebaik |
Suspensi tidak sebaik Persona, teknologi enjin lama,penggunaan |
Prestasi suspensi yang kurang baik berbanding Persona
|
|
Model |
Honda |
Nissan |
Nissan |
|
Harga |
RM79,800.00 |
RM85,300.00 |
RM89,500.00 |
|
Pro: |
Teknologi Honda, ruang bagasi yang lebih luas daripada |
Ruang dalaman yang selesa, kemasan dalaman yang mewah, |
Ruang yang luas berbanding model-model lain yang hampir |
|
Kon: |
Suspensi yang kurang baik untuk mengambil selekoh |
? |
? |
Sekiranya selepas membaca artikel ini, terlintas pula di fikiran untuk membeli model Honda City atau Kia Spectra, nasihat saya: kuatkan kesabaran dan tangguhkan dulu pembelian.
Model baru Honda City dan Kia Spectra mungkin akan dipasarkan seawalnya tahun 2009.
Kesimpulan
Proton Persona adalah kereta keluarga yang baik sekiranya anda sedang mempertimbangkan pembelian kereta baru.
Dengan harga maksimum RM55,000.00, Proton menawarkan model kereta dengan rekabentuk yang baik dan ciri-ciri menyamai ciri-ciri standard kereta import yang lebih mahal.
Selamat membeli kereta!!
Hantarkan sebarang pertanyaan tentang Cars and Motors to : boji@drosegarden.com
Very enlightening thanks for the material
trm ksh byk2 krn mbuat artikel yg penuh brmakna n brmaklumat nie... aku mmg dlm prancangn nk beli keta Proton Persona 1.6 Auto (IAFM) High-Line yg brharga [OTR] RM56,800 (trmsuk: cukai jln, insuran, register, no.plat kete) dgn down payment sbyk 10% & interest 4.3% utk 9 thn srta byrn blnn sbyk RM655... nie adalah harga Proton Edar & bole dpt kete tue dlm ms 3 mingu (ada pmbeli kata 3bln still x dpt lg)... kata agen tue la, bukan kata aku...
aku dah byk buat pmerhati'n kat forum2 tentang kete Persona nie & mcm2 komen positif & negatif, malah ada juga topik yg hangat tentang Persona Vs Honda City / Toyota VIOS... Dr situ aku mula selidik lebih byk maklumat serta penguna'n kete yg lebih baik, brkualiti, selamat & ekonomi srta ada nilai utk d jual sbgi kete 2nd hand (nie amt penting jk ada masalah kwangn utk mbyr kete bila d timpa musibah & prlu guna duit utk hal2 lain yg lebih wajib)...
prbandingn yg sering d ketepikn oleh pmbeli ialah interest rate antara Proton dgn kete lain... d mana interest rate utk Proton jauh lebih tingi brbanding kete lain... d sni aku buat prbandingn antra kete Proton Persona 1.6 (IAFM) A/T H-Line (M) dgn Honda City 1.5 i-DSI (sbb aku suka kete Honda, cantik... heheheee...)
Oleh krn aku dok area KL n keje pn kat KL n aku jg adalah sorg prantau yg slalu p keje naik LRT n asyik dok tungu Bas Rapid KL brjam2 smpi panas bontot aku hnya krn nk balik rmh (kalo dok Puchong lg teruk, brebut bas dgn pendatang n hati2 sbb byk org hilang dompet ms brebut naik bas kat Pasar Seni... teruk2...)
Byrn basic tentang kete yg prlu aku list adalah nie:
1) Jumlah harga minyak kete yg akn d gunakn utk sbln...
2) Jumlah harga tempat letak kete...
3) Byrn blnn utk byr kete...
Persona (RM56,800) & (interest prlu byr: RM19,737.00)
a) Minyak kete (full tank): RM120 x 4 = RM480 sbln
b) Metro Parking: RM140 sbln
c) Byrn kete blnn: RM655 (4.3% interest utk 9thn)
TOTAL: RM1,275 sbln
Honda City (RM79,800) & (interest prlu byr: RM19,391.40)
a) Minyak kete (full tank): RM100 x 2 = RM200 sbln
b) Parking: RM140 sbln
c) Byrn kete blnn: RM845 (3% interest utk 9thn)
TOTAL: RM1,185 sbln
tue angarn kasar jer bg aku... kalo silap, tolong prbetulkn... psl minyak yg d prlukn utk Honda City mmg x byk sbb Honda City nie jimat minyak n lebih ekonomi... kete lain yg staraf dgn Honda City nie pn ada sprti Toyota ViOS & Toyota Avanza (7seat) utk org brkeluarga...
pndi2 la korg buat analisa dulu sblum buat kputusn beli kete... heheheee...
hi Mr. H,
You tau tak bank mana interest dia rendah untuk honda city 1.5 2nd? TQ.
Terima kasih, Mr. H. Sememangnya pembeli di Malaysia sering lupa untuk membuat pengiraan terhadap perkara-perkara yang penting dalam memiliki kereta. Berbeza dengan pembeli di negara-negara maju, mereka lebih cenderung untuk membuat pengiraan terhadap 'Total Owning Cost'. Total Owning Cost merangkumi harga bayaran ansuran bulanan sesebuah kenderaan, anggaran harga petrol, bayaran insuran serta cukai jalan setahun, bayaran servis berkala yang merangkumi harga alat ganti dan akhir sekali susut nilai kenderaan tersebut apabila ia dijual semula.
Dari kaca mata pakar pengurusan kewangan peribadi pula, tempoh bayaran ansuran bagi pinjaman kenderaan yang terbaik untuk sesebuah kenderaan adalah di antara 3 hingga 4 tahun sahaja. Lebih dari 4 tahun, dan anda akan membayar satu jumlah yang besar untuk faedah atau keuntungan bank bagi sesebuah pembelian kenderaan. Tidak mampu? Beli sahaja kenderaan dengan harga jualan yang lebih murah.
Tempoh 3-4 tahun ini juga amat dipersetujui oleh rakan-rakan mekanik. Dewasa ini, kebanyakan kenderaan tidak kira apa jenis kenderaan sekalipun sama ada yang murah atau yang mewah, sebenarnya tidak mampu untuk berada dalam keadaan baik melebihi 5 tahun. Terutama dalam keadaan cuaca Malaysia yang panas dan berkelembapan tinggi. Cuaca sebegini sebenarnya adalah agen perosak yang cukup hebat bagi peralatan-peralatan semikonduktor yang terdapat dalam litar-litar elektronik dan komputer dalam kenderaan. Apabila peralatan-peralatan canggih ini rosak, yakinlah bahawa kos membaikpulihnya cukup menyakitkan.
Sekiranya mampu, saya sering menasihatkan rakan-rakan saya supaya mengurangkan kadar tempoh bayaran balik pinjaman dengan membeli kenderaan yang lebih murah harga jualannya. Dan ternyata, Total Owning Cost akan dapat dikurangkan.