Bilakah Usia Yang Sesuai Untuk Anak-Anak Memiliki Handphone?

BILAKAH USIA YANG SESUAI UNTUK ANAK-ANAK MEMILIKI HANDPHONE?

Dewasa ini sudah menjadi perkara biasa untuk melihat kanak-kanak sekolah rendah membawa telefon bimbit. Pelbagai faktor dan alasan diberikan untuk memungkinkan seseorang anak kecil memiliki telefon bimbit pertamanya. Namun begitu, ramai ibu bapa yang masih tertanya-tanya apakah usia yang paling sesuai untuk memberikan telefon bimbit kepada anak-anak.

Satu soal selidik telah dilakukan oleh majalah telekomunikasi tempatan untuk mengenalpasti bilakah waktu yang sesuai untuk memberikan anak anda telefon bimbitnya sendiri. Soal selidik tersebut telah mendapat hasil seperti berikut:

  • 32%: Apabila seseorang anak boleh membuat simpanan wang dan membayar sendiri
    bil telefon masing-masing.
  • 30%: 17–19 tahun
  • 11%: 14-16 tahun
  • 13%: 11-13 tahun
  • 4%: 8-10 tahun
  • 2%: 5-7 tahun
  • 8%: Bergantung kepada keperluan

 

Apapun alasan anda sama ada ianya kerana keperluan untuk mengambil anak dari sekolah, tujuan keselamatan, kekurangan kemudahan telefon awam atau untuk memantau pergerakan anak, perkara yang perlu dipertimbangkan ialah tahap kematangan anak.

Dan perlu diingat, setiap anak matang pada usia yang berbeza. Ada anak yang hanya berusia 8 tahun tetapi boleh mendisiplinkan diri untuk menjaga telefon dengan baik dan menggunakannya hanya untuk perkara-perkara penting. Ada juga anak pada usia 15 tahun tetapi tidak dapat menjaga barang-barang peribadi dengan baik dan gagal memanfaatkan kredit panggilan bulanan sebaiknya.

Kesimpulannya, dua perkara yang paling penting untuk dipertimbangkan semasa menentukan usia anak untuk memiliki telefon bimbit ialah keperluan dan tahap kematangan anak. Selepas itu, dapatkan pelan panggilan yang paling sesuai sama ada secara pasca bayar atau pra bayar dan telefon yang berpatutan. Jangan lupa, sediakan garis panduan kepada anak untuk dipatuhi; DOs and DON’Ts.

Hantarkan sebarang pertanyaan tentang Computer and Technology to : boji@drosegarden.com