REVERSE PARKING LEBIH BAIK!!
REVERSE PARKING LEBIH BAIK!!
Institute of Advanced Motorists Limited (IAM), United Kingdom
menggalakkan pemandu untuk meletakkan kereta secara reverse parking berbanding
memasuki tempat letak kereta secara ke hadapan. Kelebihan-kelebihan reverse
parking adalah seperti berikut:
-
Data menunjukkan kebanyakan kereta memerlukan masa 90 saat
untuk dipanaskan enjinnya untuk mencapai tahap pembakaran sempurna. Menurut
IAM, mengundur keluar dari tempat letak kereta semasa enjin masih sejuk
akan meningkatkan penggunaan petrol pada kadar 20 hingga 25 kali lebih banyak
berbanding ketika enjin telah dipanaskan. Namun begitu, dengan memandu keluar
dari tempat letak kereta ke hadapan boleh mengurangkan pembaziran tersebut
akibat daripada perbezaan nisbah gear hadapan dengan gear undur yang berbeza. -
Keluar dari tempat letak kereta ke jalan raya secara ke
hadapan adalah jauh lebih selamat daripada keluar ke jalan raya secara mengundur
kerana pemandu dapat melihat keadaan lalu lintas dengan lebih baik. -
Mengundur rapat ke dinding belakang di tempat letak kereta
boleh mengelakkan risiko kecurian barang di dalam ruang simpanan barang
kereta kerana pencuri tidak mempunyai ruang untuk melakukan kerja tersebut. -
Memandu keluar secara ke hadapan dapat mengurangkan kadar
jenayah kerana pemandu dapat melihat penjenayah dan boleh mengeluarkan kereta
dengan lebih cepat dari tempat letak kereta.
Amalkanlah reverse parking untuk hidup yang lebih ceria!!
Sumber : BBC News
http://news.bbc.co.uk/2/hi/uk_news/wales/7512804.stm