Bersedia untuk Proton MPV?
Bersedia untuk Proton MPV?
Industri automotif Negara sedang menantikan kehadiran kenderan pelbagai guna (MPV) sulung dari Proton yang dijangka akan dilancarkan pada awal tahun 2009.
Penantian ini pastinya menimbulkan seribu tanda tanya mengenai rekabentuk, ciri-ciri dan paling penting harga yang akan ditetapkan untuk model tersebut.
Berikut adalah antara beberapa ciri-ciri Proton MPV sebagaimana yang telah dipamerkan semasa Proton Technology Week pada Ogos 2008:
Luaran
• Rupabentuk asas seperti Toyota Wish tetapi mempunyai bumbung belakang yang lebih rata untuk memberikan ruang kepala yang lebih kepada penumpang baris ketiga.
• Lampu belakang menggunakan teknologi LED dan diletakkan secara menegak separas dengan tingkap belakang.
• Pintu belakang dengan bukaan seperti kereta biasa, bukan jenis ‘sliding’
seperti MPV yang besar.
• Tayar simpanan yang diletakkan di bawah chasis di bahagian belakang untuk memudahkan kerja-kerja mengambil dan menyimpan tayar simpanan semasa perjalanan dengan muatan yang penuh.
Dalaman
• Kemungkinan ruang dalaman mempunyai warna ‘beige’ atau kelabu.
• Ruang simpanan barang yang tidak terlalu besar tetapi boleh memuatkan satu beg golf apabila tempat duduk baris ketiga dipasang.
• Tempat duduk baris ketiga yang boleh dilipat dengan rata ke permukaan lantai kereta.
• Ruang kepala dengan ketinggian yang selesa.
• Gear ditempatkan pada dashboard, bukan di antara dua tempat duduk hadapan.
• Pilihan sistem audio dengan fungsi pemain DVD dan panel LCD di ruang bumbung tempat duduk baris kedua. Terdapat juga pilihan untuk sistem navigasi GPS.
• Penghembus penyaman udara untuk tempat duduk baris kedua dan baris ketiga yang ditempatkan di sebelah kiri dan kanan tempat duduk (pada pintu atau dinding).
• Tempat merehatkan lengan pada tempat duduk hadapan.
Enjin
• Dijangkakan Proton MPV bakal menggunakan enjin CamPro CPS 1.6 liter sebagaimana yang digunakan pada Proton Waja CPS dan Proton Gen.2 CPS baru. Sekiranya enjin tersebut digunakan, model tersebut dijangka bukan satu model yang seronok untuk dipandu laju memandangkan enjin 1.6 liter perlu dikerahkan untuk menggerakkan bebanan yang besar terutama apabila 7 orang penumpang menaiki MPV tersebut.
Namun begitu, enjin Proton CPS masih merupakan enjin yang paling berkuasa jika dibandingkan dengan enjin 1.5 liter yang digunakan pada Toyota Avanza atau enjin 1.6 liter Nissan Grand Livina. Penggunaan minyak yang efisien juga mungkin sukar untuk diperolehi apabila mengambil kira tentang pengagihan kuasa enjin dengan beban kenderaan. Diharapkan jurutera-jurutera Proton dapat melaraskan enjin CPS untuk memberikan prestasi yang terbaik untuk kenderaan 7 penumpang ini.
Saingan di pasaran
Proton mejanjikan harga yang menarik untuk rakyat Malaysia. Beberapa model MPV ‘mampu milik’ yang pasti akan disaing hebat oleh model Proton MPV ini termasuk model baru Perodua MPV, Toyota Avanza, Naza Citra, Nissan Grand Livina dan mungkin juga Toyota Innova, Toyota Rush (SUV) dan Naza-Kia Rondo (SUV-MPV) baru.
Perbandingan asas di antara model-model MPV dengan harga di bawah RM100,000 adalah seperti berikut:
|
Model |
Perodua |
Toyota |
Suzuki APV |
|
Harga |
RM??? |
|
RM61,888.00 |
|
Pro: |
- Dijangka - Mutu produk
|
- Jaminan - Tempat |
- Tempat - Ruang yang |
|
Kon: |
- 6 tempat - dijangka
|
- Suspensi |
- |
|
Model |
Naza Citra |
Renault |
Nissan |
|
Harga |
|
|
|
|
Pro: |
- Banyak
|
- - Ruang |
- Penggunaan - suspensi |
|
Kon: |
- Penggunaan
|
- Tempat |
- ruang yang |
|
Model |
Naza Citra |
Toyota |
Toyota |
|
Harga |
|
|
|
|
Pro: |
- Enjin baru
|
- jaminan - Rekabentuk |
- Jaminan - Ruang yang |
|
Kon: |
??? |
- suspensi - enjin
|
??? |
Perodua MPV
Perodua juga telah melaporkan bahawa syarikat automotif nasional kedua tersebut
akan mengeluarkan model MPV baru dan akan dilancarkan pada September 2009. Menyedari bahawa pemilikan saham Perodua dimiliki sebahagiannya oleh syarikat UMW, pemegang francais bagi jenama Toyota di Malaysia, dijangkakan model yang bakal diperkenalkan ini tidak akan bersaing secara terus dalam kelas yang sama dengan pendahulu pasaran MPV di Malaysia iaitu Toyota Avanza. Perodua mungkin akan memperkenalkan model dalam kelas yang lebih kecil daripada Toyota Avanza sekiranya pembahagian segmen pasaran bagi setiap model dilakukan dengan bijak.
Justeru, mungkin kita dapat saksikan model MPV yang benar-benar mampu dimiliki oleh rakyat Malaysia dengan harga dalam lingkungan RM50,000-RM60,000. Terdapat juga andaian yang mengatakan bahawa MPV baru dari Perodua akan dibina berasaskan
platform Perodua Viva yang ditambah saiz panjangnya. Andaian tersebut ada asasnya jika difikirkan kembali strategi pemasaran yang perlu dilakukan oleh Perodua.
Sekiranya platform Myvi digunakan bagi membangunkan MPV Perodua yang baru, pastinya saiz sedemikian akan memberikan saingan terus kepada ‘sepupunya’,
Toyota Avanza.
Refleksi
Pasaran MPV di negara ini bakal dicorakkan dengan warna yang lebih menarik apabila dua syarikat automotif negara menyuarakan perancangan untuk memasarkan model MPV mereka. Model-model MPV yang lebih premier seperti Toyota Wish dan model-model lain juga mungkin akan diganti dengan model baru bagi memberikan pilihan yang segar kepada bakal pembeli. Terlalu banyak yang boleh diperkatakan mengenai perubahan pasaran MPV di Malaysia. Mungkin dengan perkembangan ini, lebih banyak keluarga dengan anak melebihi 4 orang dapat bergembira kerana dapat memiliki sebuah kenderaan ‘mesra-keluarga’ dan kita bakal saksikan pertambahan bilangan MPV di jalanraya dengan agak ketara. Harapannya, pengeluar-pengeluar automobil nasional dapat menghidangkan kita dengan model MPV yang berdaya saing tetapi masih mampu dimiliki kerana itulah idea asal penubuhan syarikat-syarikat automotif nasional –untuk menyediakan kenderaan yang mampu dimiliki oleh semua lapisan masyarakat; mampu dimiliki dan mudah disenggarakan.