Kuasa Minda

Assalamualaikum wbt dan Salam Perpaduan……

Tuan/Puan dan Sahabat sekalian, hari ini saya nak berbincang dengan tuan2 tentang minda dan kuasanya kerana selama ini saya lebih banyak fokus pada emosi dan sedikit spiritual.
Minda separuh sedar yang dianugerahi Tuhan ini hebat dan memiliki kuasa misteri.
Masih ingat lagi tak perbincangan dalam Tajuk ESQ dua bulan lalu. Iaitu Allah telah meniupkan dan mengamanahkan kepada kita 99 sifatNya. Tahukah anda bahawa sifat Allah Al-‘Aliim dan Al-Hakiim juga ada dalam diri kita? Jika kita
dapat menghayati dan mengaplikasikan sifat in dalam diri kita, tidak mustahil sesuatu matlamat yang ingin kita capai lebih mudah. Dan zaman ini mungkin lebih dikenali sebagai KUASA MINDA SEPARUH SEDAR.

Rasulullah saw mempunyai keperibadian yang tinggi, ilmu yang tinggi, sifat penyayang yang tinggi sifat pemaaf dan sebagainya. Tahukah anda, bahawa Rasulullah saw telah
dapat menerapkan dalam diri Rasulullah saw sifat-sifat Allah yang telah ditiupkan dalam dirinya? Rasulullah telah menunaikan tenggung jawabnya sebagai pemegang amanah sifat Allah penyayang (Sifat Allah Ar-Rahman) , Pengasih (Ar-Rahim), Berilmu (Al-‘Aliim) dan peribadi yang tinggi (Sifat Allah Al-Muta,aaliy) dan sebagainya.

Kita sering mendengar dan melihat, ramai orang menyalahkan takdir apabila mereka menemui kesulitan serta kesusahan. Walhal, Tuhan menganugerahi kita minda separuh sedar (sifat Al-Aliim dan Al-Hakiim) yang memiliki seribu kehebatan yang tidak
dapat diucapkan dengan kata-kata. Adalah rugi apabila kita tidak menggunakan potensi ini. Minda separuh sedar diibarat seperti harta karun yang tersembunyi dalam diri
kita.

Ia sebenarnya adalah anugerah tuhan bahawa minda manusia adalah yang terbaik berbanding makhluk lain. dan ia diakui sebagai manusia itu sebaik-baik ciptaan spt dalam
surah At-Tiin ayat 4.

Minda kita bertindak dalam beberapa “level” antaranya adalah, sedar (seperti anda ketika ini- anda sedar yang anda membaca tip ini) dan separuh sedar
(Subconcious-misalnya tengah memandu sambil tekan radio cari channel atau membaca sms).

Sekiranya anda bijak menggunakan minda separuh sedar anda, ia merupakan salah satu kunci mencapai kejayaan. Namun, ramai yang tidak tahu tentang “minda separuh sedar” dan sebenarnya tidak perasan yang mereka juga menggunakan
minda separuh sedar.

Sebagai contoh, kadang-kadang kita menulis senaraikan matlamat kita. Mengapa?
Ini adalah kerana dengan menulis, matlamat tersebut bukan sahaja akan terlekat pada kertas, malah, ia akan terlekat di minda separuh sedar kita dan memudahkan kita mencari peluang-peluang untuk mencapai matlamat tersebut.

Selain itu, minda separuh sedar adalah aktif ketika kita tidur (kita tak sedar, tetapi minda sedang aktif). Dengan perancangan yang anda lakukan sebelum tidur, minda akan berfungsi merialisasikan perancangan itu.

Pernah tak anda mempunyai masalah yang anda tidak tahu cara menyelesaikannya?
Dan anda duduk terfikir-fikir sebelum tidur… Apabila bangun pagi, sedar-sedar lampu mentol menyala (bukan lampu terangkan bilik!) Lampu mentol idea menyala…
dan secara automatik anda tahu jalan penyelesaian masalah anda. Jika pernah itulah kuasa minda separuh sedar.

Dalam satu kajian secara saintifik, “Minda Separuh Sedar” merupakan salah satu faktor utama seseorang mendapat ilham yang begitu hebat dalam hidupnya. seolah-olah ia membangkitkan rahsia dari dalam dirinya untuk dipersembahkan kepada alam realiti. Kekayaan itu sebenarnya adalah bertitik tolak daripada keyakinan dalam diri seseorang individu.. Sekiranya kita menstimulasikan dari dalam diri melalui minda separa sedar bahawa "aku yakin boleh jadi kaya dengan cara yang tersendiri" dengan secara automatik, badan dan fikiran akan terarah kepada matlamat tersebut dan akan menerima beberapa kesan yang mengagumkan sehingga berjaya..

Ini juga berlaku pada ramai jutawan jika diperhatikan.. Spt salah seorang dalam documentary video The Secret, John Assaraf (multi-millionaire entrpreneur) sblm dia kaya dulu pernah buat satu 'dream board' .. iaitu sebuah papan kenyataan kecil yg meletakkan gambar-gambar kereta impian, rumah idaman dan pelbagai lagi 'dream' dia untuk jadi kaya-raya dengan memiliki banyak harta berharga..

Dan dalam masa 5 tahun selepas itu beliau mendapat apa yang beliau inginkan.. rumah mahligai yang besar, kereta yang cantik dan family yang bahagia.. Ini bermakna kuasa minda separa sedar boleh di'train' sebaik mungkin dan sistematik..

Perkara seharian sebenarnya telah memberi ‘training’ kepada kuasa minda ini? Sbg contoh saya mahukan kereta idaman, saya setkan dalam kepala kereta
yang diingini, saya percaya boleh dapatkannya.. secara automatik, semua kerja usaha dari hati jiwa dan raga mendapat idea bagaimana nak dapatkan kereta tersebut..
anda akan berusaha hingga berjaya krn yakin dgn kemampuan diri.. positive thinking adalah sebahagian kerja separa sedar.. anda takkan menyedarinya sehingga hari bertuah memegang kunci kereta idaman anda...



Bagi orang Islam mereka ini bertuah kerana dikurniakan rahmat dan pahala berganda.. percayalah pada tuhan kerana Dia akan memberi rezeki dari sumber yang tak disangka-sangka..
wayarzuqhu min haisu la yahtasib.. (petikan ayat seribu dinar)..

Keyakinan adalah asas penting, kemudiannya adalah usaha.. namun tanpa kepercayaan dan keyakinan usaha akan menjadi sia-sia.. krn anda tidak percaya pada diri sendiri boleh melakukannya.. Sbb itulah dalam apa jua bisnes, kita kena 'yakin' boleh buat.. dan itu sebenarnya dtg dari minda separa sedar.

Sebarang Komen adalah dialu-alukan…………