D-Brain dan E-Brain
D-Brain & E-Brain
![]() Untuk Cara-Cara Pembelian / Tempahan sila klik Di sini |
Harga D-BRAIN:
>Harga Selepas Diskaun 10%: RM35.55 Harga E-BRAIN: >Harga Selepas Diskaun 10%: RM43.2 -------------------- Penghantaran : Pos Laju RM5.70 Pos Biasa RM2.70 |
D-Brain & E-Brain adalah makanan berfungsi berasaskan homeopati untuk cerdas
minda serta membangunkan sel-sel otak. Berasal dari negara Jerman dgn nama Brain
Tonic. Penggunaan Brain Tonic sungguh popular di London sekitar tahun 1975.
Produk ini dibawa balik ke Malaysia pada tahun tersebut oleh seorang pakar
perubatan Homeopati terkenal tanahair (Profesor Sir Dr. Nik Omar B. Nik Daud)
dan dibuat ujian terhadap sepuluh orang pelajar yang terkebelakang di dalam
pelajaran. Keistimewaan D-Brain & E-Brain di Malaysia, tablet D-Brain &
E-Brain ditambah fungsinya.
Secara asasnya diformulasi berasaskan susu kambing atau susu unta dan glukosa
serta gabungan garam tisu. Ia tidak mengandungi bahan-bahan yang boleh memudaratkan
tubuh seperti dadah, steriod dan bahan kimia yang boleh memberikan kesan sampingan
apabila diambil secara berpanjangan. Ini bermakna ia selamat digunakan walaupun
diambil secara berlebihan. Media yang berasaskan susu kambing/susu unta yang
digunakan amat berkesan untuk pembinaan tulang, menguatkan otot, meningkatkan
fungsi hati dan pembinaan sel-sel darah.
Gabungan garam-garam tisu yang terdapat di dalam D-Brain & E-Brain amat
berkesan untuk meningkatkan fungsi sel otak, seterusnya meningkatkan proses
pengawalaturan Central Nerve System (CNS). Ia juga dapat meningkatkan sistem
imun dan tenaga seks bagi orang dewasa.
Penggunaan garam-garam tisu ini juga amat penting bagi ibu-ibu yang lepas bersalin
dan mereka yang telah menjalani pembedahan. Juga amat baik bagi ibu-ibu yang
mengalami alahan semasa mengandung/morning sickness.
Kaedah menggunakan D-Brain secara kunyah atau hisap memberikan kesan segera
kepada organ sasaran. Ini kerana proses tersebut menyebabkan ia dapat diserap
oleh sel-sel saraf di bawah lidah dan dihantar terus ke saraf-saraf yang lain.
Bertepatan dengan namanya, penggunaan D-Brain didapati sungguh berkesan di dalam
meningkatkan sistem minda anak-anak dan pertumbuhannya seperti berikut:
- Mencerdaskan minda
- Menguatkan daya ingatan
- Menambah daya kreativiti
- Menambah daya tenaga mental
- Mewujudkan ketenangan fikiran
- Mengatasi masalah stress
- Mengatasi masalah hiperaktif
- Membantu pertumbuhan prima
- Mengatasi masalah bertutur/berjalan
- Meningkatkan selera makan
- Masalah telinga berbunyi
- Batuk dan demam
- Meningkatkan sistem immunisasi tubuh
Cara Pengambilan:
Dewasa / Kanak-kanak (6-12)
2 tablet D-brain dikunyah/dihisap/dilarutkan
2 atau 3 kali sehari.
Kanak-kanak (Bawah1 tahun)
1 tablet dilarutkan dengan 1 sudu air hanya menggunakan sudu plastik
2 atau 3 kali sehari
